h1

Persiapan Hari Raya

September 8, 2010

Lagi beberapa  hari untuk hari raya.  Saya tidak sabar untuk hari itu. Hari raya adalah hari untuk meminta maaf. Ini perasaan saya apabila hari raya sudah dekat.happy

Saya suka melompat- lompat kerana tidak boleh sabar untuk hari itu. Ini adalah cara yang keluarga saya bersiap-siap untuk hari itu. Satu bulan sebelum menyambut hari raya, ibu akan mencatatkan barang-barang yang ingin ibu beli seperti baju kurung baru,langsir dan karpet baru dan yang paling penting sekali adalah kuih muih. Ibu tidak membuat kuih kerana oven kami rosak.

Ketika adik-beradik saya masih muda, ibu akan mencari baju yang seiras tapi sekarang ibu tidak kisah asalkan warna baju kurung itu sama tapi corak itu berlainan. Tahun ini ibu membeli 3 set baju untuk setiap ahli keluarga kami. Kuih muih yang harus kami beli adalah seperti kuih coklat cip , kuih makmur dan yang penting sekali adalah kuih tat.


Saya akan menolong ibu saya dengan mengambil turun langsir dan mengelap tingkap. Setelah ibu mengeluarkan langsir yang baru , saya akan memasing dengan perlahan-lahan. Setelah itu, saya akan mengelap tingkap dengan menggunakan sabun dan lap.

Kami sekeluarga tidak akan masak semasa hari raya kerana saudara mara kami hanya duduk berbual dan mereka tidak akan makan kerana sudah kenyang makan di rumah sebelumnya.

Kami sekeluarga akan ke pasar Sheng Shiong untuk membeli air dan kuih untuk tetamu kita.Kami akan membeli beberapa botol air F&N  kerana ia mempunyai bermacam jenis rasa seperti anggur, strawberi dan bermacam-macam lagi.

Itulah yang apa keluarga saya buat untuk persiapan hari raya tahun ini….

h1

KEMISKINAN

February 7, 2010

Video ini mengisahkan tentang beberapa kanak-kanak yang menghidap penyakit kerana tidak ada makanan di negera Africa. Ada yang  terlalu kurus dan ada yang boleh nampak tulang merka. Mereka boleh mati kerana kehausan dan kelaparan.Ada yang mati di usia yang muda.

Apa yang kita boleh buat adalah jangan buang  sisa makanan, Kita harus bersyukur kerana kita ada makanan dan minuman untuk hidup.

Maaf kerana video ini dalam bahasa ingeris…

h1

Hello world!

February 4, 2010

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.